PERAKUAN PENERIMAAN PAKEJ BANTUAN PROGRAM RINTIS NIAGA GIATMARA

PERAKUAN PENERIMAAN PAKEJ BANTUAN PROGRAM RINTIS NIAGA GIATMARA

Jika SSM anda baru renew, sila upload yang terkini disini

Maximum file size: 2.1MB

Jika ada pertukaran akaun bank syarikat, sila upload penyata bank terkini disini:

Maximum file size: 2.1MB

Syarat-syarat penerimaan pakej bantuan Rintis Niaga:

  1. Bayaran modal mula diberikan kepada tuan/puan atau syarikat tuan/puan adalah sebanyak RM 1000
  2. Bayaran peralatan/mesin dibuat terus kepada pembekal
  3. Bahawa tuan/puan telah menghadiri Latihan Keusahawanan seperti yang telah diuruskan oleh pihak GIATMARA;
  4. Tuan/puan adalah bersetuju menerima Pakej Bantuan Program Rintis Niaga GIATMARA yang merangkumi peralatan dan modal mula seperti mana yang diketahui tuan/puan sebelum mengikuti program tersebut;
  5. Pihak tuan/puan mengetahui bahawa semua pembayaran bagi bantuan ini akan dilaksanakan oleh pihak GIATMARA;
  6. Pihak tuan/puan adalah diwajibkan mengemukakan laporan kemajuan dan prestasi perniagaan serta keberkesanan hasil dari Pakej Bantuan Program Rintis Niaga GIATMARA yang diperolehi. Laporan hendaklah diserahkan kepada GIATMARA pada 30 haribulan setiap bulan selama berada dalam program Rintis Niaga;
  7. Pihak tuan/puan juga akan membenarkan GIATMARA untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Pakej Bantuan Program Rintis Niaga GIATMARA ini dan bekerjasama bagi memastikan pakej bantuan digunakan untuk tujuan yang sebenarnya;
  8. Pihak tuan/puan berakujanji tidak akan menuntut gantirugi di atas kerosakan peralatan/mesin selepas menerimanya daripada pembekal dan bersedia memenuhi tatacara perolehan yang dibuat oleh pihak GIATMARA;
  9. GIATMARA berhak menarik balik kemudahan pakej bantuan ini sekiranya mendapati tuan/puan tidak menjalankan perniagaan atau tidak memberi komitmen sepenuhnya atau menyalahguna kemudahan ini.
  10. Sebarang pertikaian dan masalah hendaklah diselesaikan secara aman diantara semua pihak.
  11. GIATMARA berhak dan berkuasa penuh untuk meminta dan/atau menambah sebarang terma/syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini dan/atau perjalanan program sebelum dan/atau selepas kemudian ini.
  12. GIATMARA berhak untuk mengambil tindakan termasuklah tindakan undang-undang terhadap tuan/puan sekiranya didapati berlaku pelanggaran syarat dalam dokumen dan/atau perjalanan program sebelum dan/atau selepas kemudian ini.